ad
PBT

Orang ramai dipelawa sertai PJ Smart Ride 2022 anjuran MBPJ Sabtu ini

21 Jun 2022, 3:24 AM
Orang ramai dipelawa sertai PJ Smart Ride 2022 anjuran MBPJ Sabtu ini
Orang ramai dipelawa sertai PJ Smart Ride 2022 anjuran MBPJ Sabtu ini

SHAH ALAM, 21 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan program PJ Smart Ride pada Sabtu ini bersempena sambutan ulang tahun ke-16 pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut MBPJ, menerusi program itu peserta akan dibawa menjelajah bandar utama di Petaling Jaya secara santai.

"Anda sudah bersedia untuk PJ Smart Ride pada tahun ini ? Bersempena Ulangtahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya, Program PJ Smart Ride kini kembali. Program ini akan dijalankan pada 25 Jun atau Sabtu ini.

"Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara PJ Smart Ride 2022 yang pastinya membawa anda menjelajah bandar-bandar utama di Petaling Jaya secara santai," katanya di Facebook.

Menerusi perkongsian itu juga, MBPJ memaklumkan program itu akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi, Aweera, selain peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah.

"Orang ramai yang berminat boleh melayari https://forms.gle/rj3fw55ZwRS9KuNu7 bagi menyertai acara PJ Smart Ride secara online dan penyertaan adalah percuma.

"Sila Tag rakan-rakan anda dan share posting ini. Follow FB pjcitycouncil untuk mendapat info-info terkini berkaitan program. Jumpa anda di sana !," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.