ad
BERITA UTAMA

170,000 rumah dijangka dibina di Subang Jaya menjelang 2035

21 Jun 2022, 1:00 AM
170,000 rumah dijangka dibina di Subang Jaya menjelang 2035

SUBANG JAYA, 21 JUN: Sebanyak 170,000 unit rumah dijangka dibina di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjelang 2035 susulan kepadatan penduduk.

Datuk Bandarnya Dato' Johary Anuar berkata unjuran berdasarkan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (RTSJ2035) menuntut kerjasama rakan sinergi dan masyarakat.

"RTSJ2035 meningkatkan bilangan unit perumahan (upe) daripada 60 upe kepada 120 upe mengikut lokasi tertentu. Jadi kita mengunjurkan jumlah tersebut bagi memenuhi permintaan perumahan yang dijana penduduk berjumlah 1.56 juta orang.

"Kita perlu imbangi permintaan memajukan tanah untuk pembangunan perbandaran, rakan sinergi dan penyertaan masyarakat dengan menyediakan platform ini (RTSJ) bagi membantu kerajaan memacu perkembangan perbandaran," katanya semalam.

Dalam perkembangan lain, Johary berkata pihaknya bekerjasama dengan pemaju bagi menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur seiring dengan status bandaraya yang dicapai Oktober 2020.

Beliau memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat di Puchong Utama yang menelan kos RM30 juta disumbangkan rakan sinergi bagi meningkatkan kesinambungan trafik.

"Kemudahan awam yang lengkap mengikut kategori tertentu perlu disediakan berdasarkan jumlah penduduk. Sumbangan dari segi penyediaan infrastruktur menyokong pembangunan perbandaran," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.