ad
AGENDA

2,130 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

18 Jun 2022, 3:39 AM
2,130 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 18 JUN: Jangkitan harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 2,130 kes semalam berbanding 2,033 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,536,795 kes dengan 25,626 daripadanya kes aktif.

Daripada jumlah itu, 24,585 kes atau 95.9 peratus kuarantin di rumah, 993 kes (3.9 peratus) di hospital termasuk 35 di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 13 kes (0.1 peraus) di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut menunjukkan satu kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,731 kes.

Selain itu, kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 8 peratus.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.