ad
AGENDA

Rakam gambar bersama Plats, 100 hadiah istimewa menanti pemenang bertuah

17 Jun 2022, 2:00 PM
Rakam gambar bersama Plats, 100 hadiah istimewa menanti pemenang bertuah
Rakam gambar bersama Plats, 100 hadiah istimewa menanti pemenang bertuah

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak 100 hadiah istimewa menanti pemenang peraduan merakam gambar bersama alatan hiasan di rerurai Platform Selangor (Plats) sempena Jelajah Selangor Penyayang Ahad ini.

Berdasarkan poster dikongsikan platform perniagaan dalam talian itu, aktiviti tersebut berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 petang di Padang Taman Kosas, Ampang.

Peserta berminat boleh mengikuti Plats di Instagram, Facebook dan TikTok dan memuat naik gambar dirakam di platform itu dengan menanda (tag) @platselangor.

Mereka juga harus meletakkan keterangan gambar kreatif misalnya: Nasi lemak yang paling menarik di Selangor boleh didapati di @platselangor.

Foto dimuat naik perlu disertakan dengan tanda pagar #caridiplats #platselangor #selangormemilihlokal.

Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan untuk Jelajah Selangor Penyayang 2022 dari jam 8 pagi hingga 6 petang antaranya gerai jualan, kenderaan saji dan pameran.

Jelajah yang membuka tirai di Hulu Langat itu bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang memperuntukkan dana RM350 juta menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksanakan, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Jelajah itu juga bakal berlangsung di Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.