ad
BUDAYA

(sebenarnya, sajak ini tentang kucing bernama Rockwell yang telah mati)

16 Jun 2022, 12:00 AM
(sebenarnya, sajak ini tentang kucing bernama Rockwell yang telah mati)

ketika ia lena

bulan telah pecah ke serata

malam berhenti memburu mangsa

pencawang melepaskan bilah cahaya

sekali ke selatan sekali ke utara

kucingku, siapa menyembunyikanmu—

ekor yang melibas udara

akan segera longlai

bulu mulusmu berakhir di rahang

bukaan tanah ini

kucingku

di dalam longkang

di enap sarap

rayulah namaku

rayulah namaku

hantarkan ngiau terakhir

di hadapan maut

di ketajaman taring

seekor lipas

sekeping kertas

dikau sultan kerajaan malam

perdana menteri kesunyian.

 

Karim Mohd

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.