ad
AGENDA

Jelajah JobCare negeri bantu lebih 600 individu dapat kerja pelbagai sektor

14 Jun 2022, 7:00 AM
Jelajah JobCare negeri bantu lebih 600 individu dapat kerja pelbagai sektor
Jelajah JobCare negeri bantu lebih 600 individu dapat kerja pelbagai sektor

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 641 individu diterima bekerja menerusi tujuh siri penganjuran Jelajah JobCare setakat ini, menurut Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS).

Ketua Penyelarasnya S Vijayan berkata jumlah itu melebihi sasaran awal sebanyak 500 orang meskipun berbaki dua lagi siri jelajah dalam masa terdekat.

[caption id="attachment_525521" align="alignleft" width="272"] Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) S Vijayan[/caption]

Beliau memaklumkan majoriti mereka sudah memulakan perkhidmatan di syarikat seperti pembuatan, perkilangan, pelabuhan, logistik dan  penghantaran barang.

"Kita sudah menjelajah di lapan lokasi bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya yang hilang mata pencarian akibat Covid-19 mendapatkan kerja bersesuaian.

"Data diperoleh ini tidak termasuk jelajah yang diadakan di Tanjong Karang minggu lepas," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Dalam pada itu, beliau berkata jelajah berikutnya dijadual berlangsung di Dewan Banting Baru, Kuala Langat pada 18 Jun diikuti Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun).

"Justeru, saya menggalakkan orang ramai terutama yang berada di sekitar lokasi berkenaan agar memanfaatkan peluang dan ruang disediakan untuk mencari kerja," katanya.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disertai 15 syarikat tempatan dan menawarkan hampir 3,000 peluang kerja dalam pelbagai sektor.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.