ad
AGENDA

HFMD: Selangor catat 26,419 kes, 639 kanak-kanak dirawat di hospital

14 Jun 2022, 6:54 AM
HFMD: Selangor catat 26,419 kes, 639 kanak-kanak dirawat di hospital

SHAH ALAM, 14 JUN: Sebanyak 26,419 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di negeri ini setakat 11 Jun, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 639 kanak-kanak dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian lanjut.

“Sepanjang tahun ini kita mengesan 253 kluster HFMD namun semuanya terkawal. Petaling merekodkan jangkitan tertinggi dengan 8,699 kes diikuti Hulu Langat (4,081) dan Gombak (3,991),” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) giat mengatasi masalah berkenaan termasuk menutup 291 premis jagaan kanak-kanak.

“Sebanyak 46 pusat turut menutup operasi secara sukarela bagi mengekang jangkitan. Dalam masa sama JKNS turut mengadakan sesi tunjuk ajar serta penilaian risiko di pusat jagaan,” katanya.

Setakat 4 Jun, sebanyak 82,846 kes HFMD dilaporkan, meningkat 32 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 2,485.

Bagaimanapun pada 9 Jun Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan jangkitan dijangka menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.