ad
PBT

MBPJ: Kawasan berkepadatan tinggi, rumah pangsa punca kes denggi meningkat

14 Jun 2022, 4:31 AM
MBPJ: Kawasan berkepadatan tinggi, rumah pangsa punca kes denggi meningkat

SHAH ALAM, 14 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesan beberapa lokaliti berkepadatan tinggi dan rumah pangsa penyumbang kepada peningkatan kes denggi.

Timbalan Datuk Bandar Sharipah Marhaini Syed Ali berkata antara kawasan dikenal pasti ialah Desa Mentari, Damansara Damai, Sri Damansara dan Bukit Lanjan.

Oleh demikian, beliau menjelaskan pihaknya sedang melaksanakan dua inisiatif iaitu mendidik dan meningkatkan penguatkuasaan.

"Kesedaran penduduk berkaitan denggi tidak mencapai tahap sepatutnya, oleh itu kita akan bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan.

"Manakala penguatkuasaan juga akan dipertingkatkan dengan memantau kawasan seperti kebun komuniti dan persendirian selain meningkatkan tindakan undang-undang," katanya kepada SelangorKini.

Pada 1 Jun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan daerah Petaling merekodkan kes tertinggi iaitu 4,436 kes diikuti Klang (2,729); Hulu Langat (2,435); Gombak (1,188) dan Sepang 334 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.