ad
PBT

MPKj buka kaunter bergerak, mudah urusan semak, bayar cukai

13 Jun 2022, 10:22 AM
MPKj buka kaunter bergerak, mudah urusan semak, bayar cukai

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengadakan program kaunter bergerak di Taman Segar Perdana Cheras pada Sabtu lalu.

Menurut MPKj, program itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat semakan dan membayar cukai taksiran serta cukai tanah masing-masing.

"Program ini menyasar pemegang harta di sekitar Segar Perdana Cheras bagi memudahkan mereka membayar cukai taksiran atau cukai tanah," katanya di Facebook.

MPKj berkata diskaun ke atas fi notis dan waran tahanan turut ditawarkan kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun ke-25 atau Jubli Perak MPKj.

"Kempen ini berlangsung sejak 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan," katanya.

Selain itu, MPKj berkata program yang disertai sembilan kakitangan dan pegawai Bahagian Hasil Jabatan Perbendaharaan itu turut mengedarkan risalah mengenai cukai taksiran, selain tawaran hadiah kepada penduduk yang mengunjungi ruang pameran bahagian itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.