ad
PBT

MPS, komuniti Garden 8 anjur karnival galak orang ramai minat berkebun

13 Jun 2022, 8:52 AM
MPS, komuniti Garden 8 anjur karnival galak orang ramai minat berkebun
MPS, komuniti Garden 8 anjur karnival galak orang ramai minat berkebun

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama komuniti Garden 8 julung kali menganjurkan Karnival Garden 8 di Garden 8, Taman Perwira Gombak Sabtu lalu.

MPS berkata program itu turut mendapat kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agrobank.

[caption id="attachment_525352" align="alignleft" width="351"] Keadaan kebun di Garden 8, Taman Perwira Gombak. Foto Facebook MPS[/caption]

Ketua komuniti Kebun Komuniti Garden 8, Iqmal Fajri Danial berkata karnival itu bertujuan menggalakkan penduduk setempat berkebun.

"Selain itu menggalakkan penduduk mengamalkan kehidupan lestari serta menyemai minat dan ilmu kepada kanak-kanak dan remaja dalam bidang pertanian" katanya menerusi Facebook MPS.

Turut diadakan pada karnival itu adalah demonstrasi masakan, ceramah pengurusan pertanian dan jualan hasil tanaman serta makanan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.