ad
PBT

MBSJ anjur saringan kesihatan percuma sempena bulan kesedaran mental

13 Jun 2022, 2:57 AM
MBSJ anjur saringan kesihatan percuma sempena bulan kesedaran mental

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2022 Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu di hantaran Facebook berkata program yang berlangsung di Palazzo Mall bertemakan 'Kesihatan Mental dan Generasi Baru'.

"Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya taklimat oleh Pusat Kaunseling Selangor dan Jabatan Psikatari dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur.

"Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung, pameran kesedaran mental, pertandingan mewarna dan kaunter permohonan atau pembaharuan lesen anjing," tulisnya.

MBSJ juga berterima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan program pada hari berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.