ad
AGENDA

Majikan teruja ramai mohon kerja di jelajah kerjaya Selangor

12 Jun 2022, 6:00 AM
Majikan teruja ramai mohon kerja di jelajah kerjaya Selangor

TANJUNG KARANG, 12 JUN: Syarikat membuat alat muzik, Roland tidak menjangka Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) anjuran Kerajaan Negeri mendapat sambutan menggalakkan.

Eksekutif Kualitinya Yusalnita Mohd Yunan berkata lebih 20 peserta yang menyertai program berkenaan di sini semalam diterima bekerja di kilang terbabit.

"Sebahagian daripada mereka akan mula melapor diri di kilang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam pada minggu depan.

"Program pencarian kerja ini sebenarnya memudahkan pihak syarikat mencari pekerjaan kerana ia cepat dan mendapat penyertaan ramai," katanya.

Sementara itu, Eksekutif Sumber Manusia KCJ Holdings, Aiman Fariz Roslan berkata syarikatnya sememangnya memerlukan individu terutama golongan muda terutama juruteknik.

"Sebagai sebuah syarikat pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bangunan, sudah pasti kami memerlukan individu yang muda dan pakar dalam bidang kejuruteraan.

"Secara keseluruhan, kira-kira 12 individu menjalani temu duga dan sebahagian daripada layak untuk dipanggil sesi kedua," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.