ad
BERITA UTAMA

Jelajah kerjaya fokus luar bandar, tampil lebih banyak majikan

12 Jun 2022, 2:24 AM
Jelajah kerjaya fokus luar bandar, tampil lebih banyak majikan

TANJUNG KARANG, 12 JUN: Program Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) akan diteruskan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan luar bandar, kata EXCO pemberdayaan pekerja.

V Ganabatirau memberi jaminan lebih banyak syarikat akan dibawa dalam siri jelajah ini di Kuala Langat dan Sabak Bernam minggu depan.

“Siri jelajah diteruskan pada masa akan datang bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan menyasarkan kawasan luar bandar.

“Program ini perlu dibawa ke luar bandar supaya golongan muda mendapat manfaat lebih besar dengan penawaran kepelbagaian pekerjaan,” katanya pada program itu di Tanjung Karang semalam.

Ganabatirau menambah Jelajah Jaminan Kerja dilaksanakan memandangkan Selangor merupakan hab pencarian kerja di Malaysia dengan menawarkan pelbagai bidang.

“Kepelbagaian ini perlu ada untuk menarik minat peserta. Mungkin kita akan bawa dalam bidang perbankan, perbidanan dan sistem keselamatan,” katanya.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Lokasi dan tarikh penganjuran Jelajah JobCare akan datang:

  1. Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)
  2. Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.