ad
BERITA UTAMA

Karnival kerjaya dapat sambutan, sebahagian peserta terus ditawar kerja

11 Jun 2022, 7:00 AM
Karnival kerjaya dapat sambutan, sebahagian peserta terus ditawar kerja
Karnival kerjaya dapat sambutan, sebahagian peserta terus ditawar kerja

SHAH ALAM, 11 JUN: Karnival Kerjaya Mega 2022 anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini mendapat sambutan menggalakkan.

EXCO pembangunan generasi muda berkata setakat 11 pagi tadi, lebih 2,000 individu datang mendaftar dan ada antaranya sudah mendapat pekerjaaan.

“Karnival ini membabitkan lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri yang menawarkan lebih 20,000 peluang kerjaya.

“Kerja ditawarkan pada semua peringkat dari pekerjaan am hingga eksekutif termasuk kepada golongan kurang upaya (OKU),” kata Mohd Khairuddin Othman selepas meninjau karnival berkenaan.

[caption id="attachment_525023" align="alignright" width="380"] EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media sempena program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata program sehingga esok bermula 9 pagi hingga 5.30 petang merupakan karnival kerjaya pertama diadakan acara fizikal selepas penularan pandemik Covid-19.

Antara syarikat turut serta adalah Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia dan Malayan Banking Berhad.

Tidak ketinggalan Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd dan Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.