ad
AGENDA

Tambah baik sistem bekalan, penduduk 47 kawasan disaran simpan air

10 Jun 2022, 1:59 PM
Tambah baik sistem bekalan, penduduk 47 kawasan disaran simpan air
Tambah baik sistem bekalan, penduduk 47 kawasan disaran simpan air

SHAH ALAM, 10 JUN: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) akan melaksanakan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil pada 21 Jun ini.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan susulan itu, sebanyak 47 kawasan di wilayah Petaling bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi, 21 Jun dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi keesokan harinya.

Jelas Air Selangor kerja naik taraf demi keselesaan pengguna itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.

Berikut senarai kawasan yang dijadual mengalami gangguan bekalan air:

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.