ad
PBT

MPKL tawar potongan kompaun parkir sehingga 80 peratus

10 Jun 2022, 8:27 AM
MPKL tawar potongan kompaun parkir sehingga 80 peratus
MPKL tawar potongan kompaun parkir sehingga 80 peratus

SHAH ALAM, 10 JUN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sehingga 80 peratus.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran itu sudah bermula sejak 9 September tahun lalu dan bakal berakhir 9 September ini.

"Rebutlah peluang ini untuk membayar kompaun tempat letak kereta yang tertunggak sebelum tindakan mahkamah dikenakan," maklum MPKL.

Orang ramai boleh membuat semakan kompaun secara dalam talian atau aplikasi Smart Selangor Parking.

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kredit atau debit di kaunter bayaran MPKL, Jompay dan secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3181 1809 atau layari laman sesawang www.mpkl.gov.my .

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.