ad
PBT

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam Sabtu ini

9 Jun 2022, 2:31 AM
Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 9 JUN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di Plaza Masalam di Seksyen 9 di sini pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata pejabat bergerak itu akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah itu mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.

"Perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) ini adalah kemudahan yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Katanya, pejabat bergerak ini diharap mampu memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA yang ditawarkan kepada masyarakat setempat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.