ad
AGENSI

Koleksi Unisel dalam pameran perpustakaan sempena konvokesyen ke-15

9 Jun 2022, 1:06 AM
Koleksi Unisel dalam pameran perpustakaan sempena konvokesyen ke-15

SHAH ALAM, 9 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menyediakan pameran perpustakaan berskala besar sempena Istiadat Konvokesyen ke-15 bermula esok hingga Ahad ini.

Presiden dan naib canselornya berkata bahan pameran disajikan kepada pengunjung antaranya koleksi buletin, jubah, foto naib canselor dan album serta buku transformasi serta istiadat konvokesyen.

"Objektif pameran ini untuk menyampaikan maklumat berkaitan Unisel serta transformasi berlaku dari 2016 hingga kini kepada graduan, staf, pelajar dan orang awam yang hadir sebelum serta semasa istiadat," kata Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

Terdahulu, Mohammad Redzuan merasmikan pameran tersebut selain menyerahkan peralatan teknologi maklumat kepada Pusat Teknologi Informasi dan Komunikasi, Pusat Pembelajaran Digital dan Media serta pejabat Komunikasi Korporat.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri Prof Dr Md Sidin Ahmad Ishak serta Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.