ad
AGENSI

STDC tawar 10 kursus kemahiran bagi pengambilan Julai

8 Jun 2022, 9:36 AM
STDC tawar 10 kursus kemahiran bagi pengambilan Julai
STDC tawar 10 kursus kemahiran bagi pengambilan Julai

SHAH ALAM, 8 JUN: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) mempelawa pelajar, lepasan tahfiz untuk mengikuti program kemahiran bagi kemasukan Julai ini.

Menurut STDC program itu ditawarkan menerusi inisiatif kemahiran teknikal dan ikhtisas smart Selangor (IKTISASS) serta dibuka kepada pemohon dengan syarat minima tiga juzuk hafazan.

Dalam perkongsian di Facebook sebanyak 10 kursus ditawarkan antaranya teknologi automotif, teknologi semburan cat, teknologi motosikal, teknologi elektrik dan teknologi sistem komputer.

Turut ditawarkan teknologi penyaman udara, pastri, kulinari, pereka fesyen wanita dan terapi spa dengan yuran latihan serta asrama ditaja Kerajaan Negeri Selangor.

"Pengambilan adalah bagi sesi Julai 2022 dan setiap kursus terhad kepada 25 pelajar sahaja, manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022," katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.stdc.edu.my/daftarsekarang.php atau boleh WhatsApp di www.wasap.my/60193424111/daftarSMARTTAHFIZ dengan memasukkan nama dan jenis kursus.

STDC adalah institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pada Ogos 2020 Kolej Antarabangsa INPENS yang bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.