ad
BERITA UTAMA

MB rasmi syarikat e-dagang automotif, puji usaha anak Selangor

8 Jun 2022, 9:00 AM
MB rasmi syarikat e-dagang automotif, puji usaha anak Selangor

SHAH ALAM, 8 JUN: Dato' Menteri Besar merasmikan syarikat jualan e-dagang automotif, Carsome PJ Automall di Petaling Jaya semalam.

Dato' Seri Amirudin Shari turut memuji pembukaan syarikat yang diusahakan oleh anak Selangor itu yang kini berjaya mencecah keuntungan $1.7 bilion.

"Carsome kini berkembang menjadi platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

"Pembukaan syarikat seumpama ini juga adalah bukti dasar mesra perniagaan Kerajaan Selangor," katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, EXCO kerajaan tempatan berkata Selangor sentiasa menggalakkan pelaburan baru sama ada dari dalam dan luar negara yang berpontensi menjana ekonomi negeri.

"Ratusan ribu syarikat kecil dan sederhana bersaing secara kompetitif dengan idea segar dan baru seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Selangor.

"Semoga lebih banyak Syarikat Unicorn dapat bertapak di negeri ini," kata Ng Sze Han menerusi Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.