ad
AGENSI

Biasiswa pendidikan Selangor boleh dimohon hingga 31 Julai

7 Jun 2022, 12:12 AM
Biasiswa pendidikan Selangor boleh dimohon hingga 31 Julai
Biasiswa pendidikan Selangor boleh dimohon hingga 31 Julai

SHAH ALAM, 7 JUN: Permohonan pinjaman boleh ubah dalam negara 2022 kini dibuka bermula Jumaat lalu sehingga 31 Julai ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata pinjaman berkenaan adalah menerusi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

"Anak anda sedang melanjutkan pelajaran? Masih mencari pinjaman pelajaran? Jom mohon pinjaman boleh ubah dalam negara 2022.

"Permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my ," katanya menerusi Facebook.

Antara syarat kelayakan pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor, atau telah dan sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri ini.

Selain telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda atau ijazah perubatan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.