ad
AGENDA

Ekspo negeri beri impak positif, bantu usahawan cari peluang baharu

4 Jun 2022, 10:06 AM
Ekspo negeri beri impak positif, bantu usahawan cari peluang baharu
Ekspo negeri beri impak positif, bantu usahawan cari peluang baharu
Ekspo negeri beri impak positif, bantu usahawan cari peluang baharu

SHAH ALAM, 4 JUN: Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) menjadi platform usahawan untuk memperkenalkan dan memasarkan produk dengan lebih meluas.

Pengasas TJ Delight Rosiyati Mustafar berkata inisiatif tersebut membantu pihaknya memperkenalkan produk ketupat palas dan pulut lepa bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga ke luar negara.

[caption id="attachment_524114" align="alignleft" width="282"] Rosiyati Mustafar[/caption]

"Selain pasaran tempatan, kita juga sasar produk sejuk beku kita ini menembusi pasaran negara lain. Insya-Allah platform SIE membantu usahawan tempatan mencari peluang baharu.

"Ini juga sebahagian usaha kita untuk memperkenalkan makanan tradisional di Malaysia kepada masyarakat luar," katanya kepada SelangorKini.

Pengarah Eksekutif Rezza Brand Mohammad Munir Lukman Hakim berkata penyertaan program itu memberi impak positif kepada jualan.

"Sempena program ini, kita membawa lima produk dan paling laris ialah minuman tin teh tarik dan bubur cawan pelbagai jenis. Penganjuran program ini juga membolehkan kita menjalin kerjasama dengan usahawan lain.

[caption id="attachment_524116" align="alignright" width="282"] Mohammad Munir Lukman Hakim[/caption]

"Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menganjurkan program seperti ini secara kerap bagi membantu melonjakkan perniagaan usahawan tempatan," katanya.

Program Jualan Pasaraya SIE F&B anjuran Invest Selangor berlangsung di Lulu Hypermarket in Setia City Mall  dan ST Rosyam Mart Seksyen 9 di sini.

Program dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 itu berlangsung selama 10 hari sehingga esok.

Menerusi program itu terdapat 15 kiosk menjual pelbagai produk antaranya bahan masakan kisar seperti cili dan bawang, sambal hijau dan teh herba daun kelapa saw

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.