ad
SELANGOR

Tengku Permaisuri sambut ulang tahun kelahiran ke-51 hari ini

4 Jun 2022, 8:09 AM
Tengku Permaisuri sambut ulang tahun kelahiran ke-51 hari ini

SHAH ALAM, 4 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 hari ini.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, ucapan tahniah dan selamat hari lahir dititipkan kepada Baginda selain mendoakan agar dipanjangkan usia.

“Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan.

“Dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!” menurut perkongsian itu di Facebook.

Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada 4 Jun 1971 dan melangsungkan perkahwinan bersama DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.