ad
AGENDA

MB: Sistem pengurusan pintar diperluas, efektif atasi isu jalan raya

3 Jun 2022, 4:03 AM
MB: Sistem pengurusan pintar diperluas, efektif atasi isu jalan raya
MB: Sistem pengurusan pintar diperluas, efektif atasi isu jalan raya

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor bakal memperluaskan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar melalui integrasi dengan teknologi baharu bagi mengatasi masalah jalan raya negeri ini.

Dato' Menteri Besar berkata kamera pintar, kamera 360, dron dan teknologi cerapan AI akan digunakan supaya tindakan segera dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tambah Dato' Seri Amirudin Shari, pengguna juga boleh melapor aduan apabila integrasi media sosial  dibangunkan kelak.

"Hasilnya, pengurusan jalan negeri kelak akan lebih efektif, menyeluruh dan berkonsep ‘real-time solution’.

"Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanfaatkan teknologi ini," katanya menerusi Facebook.

Menurut Amirudin usaha itu selaras visi Smart Selangor 2025 yang bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan rakyat, malah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri mendepani perubahan zaman.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.