ad
PBT

MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun selama sebulan, mulai 1 Jun

2 Jun 2022, 4:17 AM
MPKS tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun selama sebulan, mulai 1 Jun

SHAH ALAM, 2 JUN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus selama sebulan mulai semalam.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan tawaran berkenaan membabitkan kompaun pelbagai bagi semua kesalahan.

Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat – Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay.

Pembayaran secara terus juga boleh dibuat setiap Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4 petang di ibu pejabat MPKS dan kaunter pandu lalu MPKS.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi unit perundangan MPKS di talian 03-32897385 sambungan 30.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.