ad
AGENDA

Kumpulan pertama jemaah haji dijadual berlepas Sabtu ini

2 Jun 2022, 3:41 AM
Kumpulan pertama jemaah haji dijadual berlepas Sabtu ini

PETALING JAYA, 2 JUN: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia bakal menerbangkan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci pada Sabtu ini.

Mereka dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1.35 tengah hari (waktu Malaysia) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 4.55 petang (waktu tempatan), lapor portal Kosmo!.

Menurut jurucakap Tabung Haji, penerbangan terakhir untuk jemaah haji pula dijadualkan pada 3 Julai depan.

“Pesawat terakhir akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada pukul 12.45 malam, 3 Julai 2022 menerusi pesawat Malaysia Airlines," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.