ad
AGENSI

Mais anjur kempen kesedaran wasiat, pusaka hingga 30 Jun

2 Jun 2022, 2:25 AM
Mais anjur kempen kesedaran wasiat, pusaka hingga 30 Jun

SHAH ALAM, 2 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengadakan Kempen Kesedaran Wasiat dan Pusaka peringkat negeri bermula semalam sehingga 30 Jun ini, kata setiausahanya.

Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata kempen itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan membuat perancangan dan pembahagian harta pusaka.

"Selain itu, ia juga bagi mengelakkan salah faham dalam ilmu perancangan dan pembahagian harta pusaka selain mempromosi Sistem Wasiat dan Hibah (Siswa) kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Siswa yang dirasmikan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Hotel Concorde semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata Mais akan menganjurkan beberapa lagi aktiviti antaranya bicara wasiat dan pusaka dalam memupuk kesedaran terhadap masyarakat.

"Kita juga mengadakan kuliah khas dan membuka kaunter pemasaran Baitulmal di masjid dan surau terpilih," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.