ad
PBT

MPK buka kaunter mohon lesen bela anjing di tujuh lokasi

1 Jun 2022, 4:52 AM
MPK buka kaunter mohon lesen bela anjing di tujuh lokasi
MPK buka kaunter mohon lesen bela anjing di tujuh lokasi
MPK buka kaunter mohon lesen bela anjing di tujuh lokasi
MPK buka kaunter mohon lesen bela anjing di tujuh lokasi

SHAH ALAM, 1 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuka kaunter pelesenan anjing di tujuh lokasi terpilih mulai Sabtu ini sehingga 14 Ogos.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook berkata program itu bertujuan menggalak pemilik melesenkan haiwan peliharaan mereka.

"Program pelesenan anjing peliharaan ini merupakan salah satu program ‘outreach’ yang dilaksanakan oleh MPK kepada komuniti Klang yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

"Ia akan dilaksanakan secara ‘in-situ’ di lokasi-lokasi terpilih, iaitu lokasi yang mempunyai kepadatan anjing peliharaan di kawasan-kawasan tersebut," jelasnya.

MPK berkata langkah itu mampu menarik lebih ramai pemilik anjing melesenkan haiwan tersebut mengikut keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.

"Inisiatif ini sekali gus memupuk sikap tanggungjawab pemilik dalam menjaga kebajikan haiwan peliharaan mereka di samping dapat mengawal kacau ganggu aktiviti anjing," katanya.

Antara dokumen yang perlu dibawa ialah salinan kad pengenalan pemilik, salinan sijil pengesahan kesihatan daripada doktor veterinar/jabatan haiwan, salinan gambar rumah dan gambar anjing yang dicetak warna dan sijil lama (jika pembaharuan).

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kesihatan MPK menerusi talian 03-3375 5555 sambungan 7310.

Senarai lokasi kaunter dan tarikh seperti berikut:

[caption id="attachment_523633" align="alignnone" width="828"] Foto Facebook MPK[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.