ad
AGENDA

OUM Shah Alam rai Aidilfitri bersama anak yatim, asnaf

31 Mei 2022, 6:33 AM
OUM Shah Alam rai Aidilfitri bersama anak yatim, asnaf

ADVERTORIAL

SHAH ALAM, 31 MEI: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Shah Alam baru-baru ini menganjurkan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan anak yatim, asnaf fakir dan miskin serta pelajar tahfiz.

Institusi terlibat meliputi 55 kanak-kanak dari Rumah Penyayang (Anak Yatim dan Fakir Miskin) Ulin Nuha, Maahad Tahfiz Al-Munir dan Maahad Tahfiz Khairul Kalam.

Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Shah Alam Ramash Ananth memaklumkan program itu turut dimeriahkan dengan sumbangan duit raya, hadiah dan bantuan kewangan.

"OUM Shah Alam sentiasa peka dan prihatin membantu masyarakat bermula dengan program OUM Prihatin semasa Ramadan diikuti bersama anak yatim, fakir miskin dan maahad tahfiz," katanya dalam kenyataan.

Majlis yang disertai pelajar universiti berkenaan turut dimeriahkan dengan sumbangan 35 set makanan Happy Meal oleh Mcdonalds cawangan Seksyen 3 Shah Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.