ad
AGENDA

Bom lama dijumpai di Kepong, polis dapati tidak aktif dan berbahaya

31 Mei 2022, 12:50 AM
Bom lama dijumpai di Kepong, polis dapati tidak aktif dan berbahaya

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Sebutir bom lama yang dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja pembinaan di Jalan Taman Pusat Kepong, di sini tengah hari semalam tidak lagi aktif dan berbahaya.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 12.30 tengah hari tadi, berkaitan penemuan objek dipercayai sebutir bom lama.

"Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan, dipercayai ketika perang dunia kedua.

"Bom itu telah dibawa ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beh berkata orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objek yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.