ad
BERITA UTAMA

Masyarakat digalak beri idea, jayakan draf rancangan Ampang Jaya 2035

29 Mei 2022, 2:27 PM
Masyarakat digalak beri idea, jayakan draf rancangan Ampang Jaya 2035

SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan pameran bagi menggalakkan penyertaan orang awam dalam penyediaan draf rancangan tempatan 2035.

Ketua bahagian perhubungan awam dan sekretariat berkata pameran program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan rancangan MPAJ 20135 (penggantian) berlangsung esok sehingga 29 Jun di enam lokasi.

"Penyertaan awam merupakan proses penting untuk memastikan rancangan tempatan kelak berupaya memenuhi hasrat, pandangan dan keperluan masyarakat.

"Orang awam dan pihak berkepentingan dijemput hadir bagi membuat pemeriksaan laporan draf," kata Norhayati Ahmad dalam kenyataan.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun bantahan berhubung cadangan penggantian dinyatakan.

"Segala maklum balas juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi MPAJ www.mpaj.gov.my," katanya.

Lokasi dan tarikh pameran seperti berikut:

  • Lobi, Menara MPAJ, Pandan Indah (30 Mei hingga 29 Jun)
  • Lotus's Ampang (1 hingga 3 Jun dan 27 hingga 29 Jun)
  • Ampang Point Shopping Centre (7 hingga 10 Jun)
  • Melawati Mall (13 hingga 17 Jun)
  • Aeon Big Ampang (20 hingga 24 Jun)
  • PLAN Malaysia @ Selangor, Shah Alam (30 Mei hingga 29 Jun)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.