ad
AGENDA

Amirudin kekalkan jawatan ketua cabang KEADILAN Gombak

29 Mei 2022, 6:25 AM
Amirudin kekalkan jawatan ketua cabang KEADILAN Gombak

SHAH ALAM, 29 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari mengekalkan jawatan ketua cabang Gombak.

Beliau yang juga Dato' Menteri Besar menewaskan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pengerusi KEADILAN Perak dalam saingan satu lawan satu.

Keputusan tersebut diumum dalam laman sesawang Pemilihan KEADILAN 2022 hari ini.

Keputusan lain menunjukkan Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui kalah kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan bagi jawatan ketua cabang.

Pertembungan di Shah Alam pula menyaksikan Rodziah Ismail, EXCO negeri yang juga wakil rakyat Batu Tiga, mengalahkan bekas EXCO Yaacob Sapari.

Bekas naib ketua Angkatan Muda KEADILAN pusat Thiban Subramaniam menang ketua cabang Kuala Selangor mengalahkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Malawati Juwairiya Zulkifli dalam saingan empat penjuru.

Di Ampang, Daing Muhammad Reduan Bachok menang mengatasi cabaran dua artis iaitu Hans Isaac dan Altimet manakala Rafizi Ramli menang  dalam persaingan tiga penjuru di Pandan.

Berikut keputusan pemilihan KEADILAN cabang lain:

Sabak Bernam - Ahmad Mustain Othman

Sungai Besar - Azhar Achil

Tanjong Karang - Mohd Yahya Mat Sahri

Selayang - William Leong Jee Keen

Hulu Langat - M. Rajendra Kumar

Bangi - G. Balamurali

Puchong - M. Anbarasan

Sungai Buloh - R. Sivarasa

Petaling Jaya - Hee Loy Sian

Damansara - Elizabeth Wong

Subang - M. Pravin

Kapar - Azizi Ayob

Klang - Azmizam Zaman Huri

Kota Raja - R. George Gunarajah

Kuala Langat - R. Haridass

Sepang - Borhan Aman Shah

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.