ad
AGENDA

OKU tulis surat terima kasih hargai jasa pengeluar zakat

26 Mei 2022, 3:00 PM
OKU tulis surat terima kasih hargai jasa pengeluar zakat
OKU tulis surat terima kasih hargai jasa pengeluar zakat

SHAH ALAM, 26 MEI: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) menghargai bantuan yang dihulurkan pengeluar zakat dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan hadir datang ke pejabat zakat untuk mengucapkan terima kasih.

Menurut agensi kutipan zakat itu, penerima bantuan kewangan dan alat pendengaran itu datang dari Kota Damansara ke pejabat LZS di Presint Alami di sini, kelmarin bagi tujuan berkenaan.

LZS dalam perkongsian di Facebook memaklumkan, penerima zakat itu menyatakan ucapan terima kasih kepada pengeluar zakat menerusi sepucuk surat.

"Alhamdulillah berkat hasil daripada kewajipan berzakat yang dikeluarkan, kita dapat membantu pakcik.

"Sebelum pakcik itu pulang, beliau sempat menulis surat ringkas dan menitipkan doa buat pembayar zakat Selangor, walaupun tangan beliau sedikit berketar kerana masalah kesihatan yang dihadapinya," katanya.

LZS turut mendoakan lelaki berkenaan diberikan kemudahan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

[caption id="attachment_522881" align="aligncenter" width="551"] Surat tulisan tangan penerima zakat yang ditujukan kepada pengeluar zakat Lembaga Zakat Selangor. Foto Facebook LZS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.