ad
BERITA UTAMA

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

26 Mei 2022, 1:45 AM
Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 26 MEI: Orang ramai boleh melunaskan bayaran cukai taksiran dan kompaun melalui Shah Alam On Wheels di parkir pasar raya Lotus’s Setia Alam Sabtu ini.

Inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang beroperasi dari 11 pagi hingga 5 petang bagi memudahkan masyarakat berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata pejabat bergerak itu turut menyediakan

khidmat kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara.

"Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, hubungi talian 013-3380551.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.