ad
PBT

799 kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Subang Jaya setakat 14 Mei

25 Mei 2022, 9:05 AM
799 kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Subang Jaya setakat 14 Mei

SUBANG JAYA, 25 MEI: Sebanyak 799 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan berlaku di Subang Jaya setakat 14 Mei lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar berkata jangkitan itu turut tidak terkecuali berlaku di taska milik penuh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan 17 kes sehingga hari ini.

"Kes tersebut dilaporkan berlaku di dua taska iaitu Taska USJ 3 dan Taska Kuarters Permata Sari.

"Justeru, MBSJ akan mengadakan beberapa sesi taklimat kepada warga kerja, pengasuh dan penyelia bagi mengurangkan jangkitan penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Penuh MBSJ Bil 5/2022 di Ibu Pejabat MBSJ di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sejumlah 47,209 kes HFMD berlaku di Malaysia setakat 21 Mei.

Menurutnya, jumlah itu sekali gus menjadikan sebanyak 20 kali ganda peningkatan kes terbabit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.