AGENDA

Lekukan tropika di Thailand, Malaysia tidak terkesan

21 Mei 2022, 2:32 AM
Lekukan tropika di Thailand, Malaysia tidak terkesan

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Nasihat Lekukan Tropika yang dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,243 km dari utara Pulau Langkawi, Kedah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.