ad
BUDAYA

Pakma dalam bilik

21 Mei 2022, 12:00 AM
Pakma dalam bilik

(untuk karim)

hidup kita hanya

di bilik ini

keluar – masuk demi ucapkan

rahsia-rahsia dari mulut almari

antara seruan tugas dan syahwat dunia

kita cepat memilih meski

selalu ingkar pada pilihan

lihat di hujung sana

semut dan pijat membina tamadun

segaris tanah menuju langit

bocor atap menjerluskan cahaya

siang begitu ligat umurnya

malam terlalu giat malamnya

mungkin bukan doa yang kita cari

tapi hanya sekilas renungan

ke dasar siling.

 

Abdullah Hussaini

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.