ad
AGENDA

Sukan SEA: Malaysia capai sasaran 36 pingat emas

20 Mei 2022, 10:43 AM
Sukan SEA: Malaysia capai sasaran 36 pingat emas

HANOI, 20 Mei: Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin.

Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di Pusat Pertandingan Sukan di sini, hari ini.

Ketiga-tiga mata disumbangkan R. Sharmendran, S. Prem Kumar dan Sureeya Sankar Hari Sankar.

Perak menjadi milik Indonesia sementara Vietnam dan Thailand berkongsi gangsa.

Terdahulu, emas ke-35 Malaysia disumbangkan atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang mencipta kejutan menungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA pada aksi di Pusat Latihan Sukan Hanoi.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.