ad
AGENSI

Rumah terbuka negeri jelajah Kuala Selangor, Sabak Bernam petang ini

20 Mei 2022, 1:18 AM
Rumah terbuka negeri jelajah Kuala Selangor, Sabak Bernam petang ini

SHAH ALAM, 20 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kuala Selangor dan Sabak Bernam hari ini.

Program selama tiga jam mulai 3 petang diadakan di Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor manakala majlis di pekarangan Stadium Sungai Besar bermula 4 petang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad turut menyerikan majlis termasuk sumbangan duit raya untuk kanak-kanak.

Rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu di sembilan daerah sehingga 21 Mei bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis seterusnya seperti berikut:

1. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang

-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

2. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam

-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.