ad
PBT

Buang sampah di tempat awam, pemilik stor dikompaun RM1,000

18 Mei 2022, 6:09 AM
Buang sampah di tempat awam, pemilik stor dikompaun RM1,000
Buang sampah di tempat awam, pemilik stor dikompaun RM1,000

SHAH ALAM, 18 MEI: Pemilik stor di Jalan SS 6/12A, Petaling Jaya dikompaun sebanyak RM1,000 selepas didapati membuang sampah di tempat awam.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan pihaknya mengesan aktiviti itu selepas menerima aduan orang ramai sebelum melakukan intipan di lokasi berkenaan.

[caption id="attachment_521656" align="alignleft" width="278"] Petugas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki dan dua wanita yang membuang beberapa plastik hitam berisi kertas dan sisa kotak terpakai di Jalan SS 6/12A, Petaling Jaya. Foto MBPJ[/caption]

"Tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki dan dua wanita kerana membuang beberapa plastik hitam berisi kertas dan beberapa sisa kotak terpakai.

"Siasatan lanjut mendapati sampah berkenaan adalah dari kerja pembersihan yang dilakukan di stor salah seorang wanita tersebut," katanya di Facebook.

MBPJ berkata amaran serta nasihat diberikan kepada pemilik stor berkenaan supaya tidak membuang di tempat awam.

"Kerjasama diberikan oleh mereka dengan mengambil semula sampah berkenaan dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak pengurusan bangunan," katanya.

Sebarang aduan di kawasan MBPJ boleh disalurkan menerusi:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.