ad
AGENDA

MB: Hala tuju pembangunan negeri diperkemas, bantu rakyat hadapi cabaran

17 Mei 2022, 12:00 AM
MB: Hala tuju pembangunan negeri diperkemas, bantu rakyat hadapi cabaran

GOMBAK,17 MEI: Kerajaan Negeri sedang mengatur hala tuju baharu merangkumi pelbagai sektor menerusi Rancangan Selangor Satu yang dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang.

Dato’ Menteri Besar berkata pembangunan negeri tidak hanya tertumpu kepada sektor industri, pembuatan atau perkhidmatan semata-mata sebaliknya meneroka infrastruktur tambahan untuk rakyat berdepan cabaran.

“Semua perancangan akan diperkemaskan dari kluster ekonomi hinggalah mengilhamkan negeri pintar menjelang 2025 yang dapat dimuktamad dan diselesai dalam penggal pemerintahan ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor yang diadakan Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak.

Pada 8 Mei, Amirudin berkata Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa.

Beliau menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.

Rancangan Selangor Satu dijangka akan dibentang dalam sidang Dewan Negeri Selangor Julai ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.