ad
BERITA UTAMA

MB ucap Selamat Hari Guru, doakan pengorbanan pendidik dihargai

16 Mei 2022, 8:09 AM
MB ucap Selamat Hari Guru, doakan pengorbanan pendidik dihargai
MB ucap Selamat Hari Guru, doakan pengorbanan pendidik dihargai

SHAH ALAM, 16 MEI: Dato' Menteri Besar merakamkan penghargaan kepada semua guru yang meraikan Hari Guru pada hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari mengakui besar pengorbanan guru terutama di era pandemik yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

"Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan mulia yang bergelar guru khususnya di Selangor.

"Betapa besar pengorbanan tenaga pengajar terutama di era pandemik, sentiasa istiqamah dalam mendidik anak bangsa," tulisnya di Twitter.

Beliau turut mengharapkan segala usaha yang dilakukan para guru dihargai semua pihak.

"Semoga segala titik peluh mereka dihargai dan dihayati. Selamat Hari Guru," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.