ad
AGENDA

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 6 petang

16 Mei 2022, 7:43 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 6 petang
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Selangor dan beberapa negeri lain mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, negeri lain termasuk Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, beberapa bahagian di Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Pahang, selain beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu, namun sehingga 7 malam ini.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," jelas MetMalaysia.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.