ad
AGENDA

Pemilihan KEADILAN buka peluang kukuhkan parti menjelang PRU15

16 Mei 2022, 1:01 AM
Pemilihan KEADILAN buka peluang kukuhkan parti menjelang PRU15

GOMBAK, 16 MEI: Calon ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selayang percaya proses pemilihan membuka peluang untuk mengukuhkan parti menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Gan Pei Nei menjelaskan ia penting untuk menyatukan ahli parti sekali gus memperkuat kepemimpinan cabang dalam menghadapi PRU15 yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Proses pemilihan melibatkan anggota dan ia penting untuk pilihan raya nanti. Ada tiga misi utama iaitu menyantuni anggota dengan menjaga kebajikan serta menguatkan ranting dan cabang yang menjadi tulang belakang.

“Malah, misi kita juga mahu wanita ke depan kerana golongan ini komponen sayap penting untuk menyantuni orang muda terutama pengundi baharu,” katanya dalam program Rapat Mega Cabang Selayang di sini semalam.

Beliau turut mengajak semua ahli turun mengundi beramai-ramai untuk memenangkan pemimpin berkebolehan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Dalam pemilihan untuk sesi 2022 hingga 2025, Pei Nei bersaing dengan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen.

Seramai 11,282 calon bagi pemilihan peringkat cabang dan jawatan tertinggi disahkan bertanding setelah selesai proses bantahan serta rayuan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.