ad
AGENDA

Ribuan hadir rumah terbuka Aidilfitri negeri di Hulu Selangor

15 Mei 2022, 10:00 AM
Ribuan hadir rumah terbuka Aidilfitri negeri di Hulu Selangor
Ribuan hadir rumah terbuka Aidilfitri negeri di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 15 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor membuka tirai hari ini bermula di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

Dianggarkan, seramai 5,000 pengunjung hadir pada majlis yang diadakan selama tiga jam bermula jam 2.30 petang itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir pada jam 4.15 petang bagi meraikan majlis bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhammad.

[caption id="attachment_521187" align="alignnone" width="791"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar dengan kanak-kanak yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor pada 15 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Terdapat lebih 10 gerai menyediakan juadah Aidilfitri seperti ketupat, lemang, kuih-muih, ayam golek, laksa dan sebagainya yang disediakan untuk orang ramai.

Rumah terbuka itu bukan sahaja dihadiri umat Islam malah kaum lain turut sama memeriahkan majlis berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.