ad
SELANGOR

Sukan SEA: Kerajaan Negeri pertimbang beri ganjaran kepada atlet Selangor

15 Mei 2022, 12:32 AM
Sukan SEA: Kerajaan Negeri pertimbang beri ganjaran kepada atlet Selangor

SUNGAI BULOH, 15 MEI: Kerajaan Negeri mempertimbang untuk memberi ganjaran kepada atlet Selangor yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Ke-31.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata bentuk ganjaran itu akan dibincang dengan Dato' Menteri Besar, Dato'Seri Amirudin Shari terlebih dahulu.

"Kita ada cadangan itu (beri ganjaran) dan kita tunggu mereka pulang dahulu.

"Selangor hargai seperti sebelum ini pemberian kepada atlet Sukma dan Insya-Allah untuk Sukan SEA pun begitu," kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YsukuRiders yang diadakan di Bukit Rahman Putra di sini, semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.