ad
AGENDA

Perubahan tarikh Syawal: Jakim kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H

14 Mei 2022, 4:04 AM
Perubahan tarikh Syawal: Jakim kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H

PUTRAJAYA, 14 MEI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim Zakaria Othman dalam kenyataan hari ini berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau berkata perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.

"Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.