ad
AGENDA

Lebih 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

14 Mei 2022, 3:06 AM
Lebih 28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Sebanyak 1,019,609 atau 28.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3 peratus) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.