ad
PBT

MBPJ anjur Kejohanan Sukan Mesra Industri 2022 sempena Hari Pekerja

13 Mei 2022, 1:01 AM
MBPJ anjur Kejohanan Sukan Mesra Industri 2022 sempena Hari Pekerja

SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Kejohanan Sukan Mesra Industri 2022 sempena Hari Pekerja pada 29 Mei depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan kejohanan itu diadakan di Kompleks Arena Petaling Jaya bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Kejohanan dianjurkan secara percuma dan penyertaan terbuka kepada warga industri, syarikat, komersial dan agensi di Petaling Jaya.

“Sukan yang dipertandingkan adalah futsal, bola jaring, sepak takraw dan ping pong,” katanya menerusi Facebook.

Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Khidmat Komuniti dan Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, MBPJ di talian 03-7956 0203 / 0206.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.