ad
AGENDA

26.6 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

10 Mei 2022, 1:51 AM
26.6 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di Kedah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.